Hampir kepada sebuah 'Permulaan'

Tidak aku sangka hanya tinggal beberapa minggu lg aku menghabiskan saki baki waktu di IPG ni..byk kenangan yang telah aku tempuhi..susah senang, waktu gembira, pahit jerih yang telah aku lalui byk memberi aku pengalaman dan pengajaran..barulah skg aku fhm mengapa aku memilih jalan ini untuk menjadi seorang pendidik..bukan sebagai pilihan terakhir,tetapi sebagai anugerah dari Allah S.W.T yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pendidik yang bakal menerajui bidang ini untuk membina insan yang baik dan mulia...

mulanya aku menjejakkan kaki ke IPG ni pada bulan Julai 2005, setelah aku merantau dari sebuah sekolah ke sekolah lain, dari satu Universiti ke institut ini... ranjau yang aku tempuhi tidak semudah yang disangka..perjalanan yang amat berharga, tidak ternilai dengan wang ringgit mahupun intan berlian...bila aku ingat kembali saat2 aku berada di sini, setiap perkara yang berlaku adalah salah satu cerita dari insan kerdil yang cuba menghiasi dunia ini dengan cerita mereka2 yang lain..

banyak yang akan aku rindukan di sini, antaranya keriangan bersama rakan-rakan yang telah membuatku tersenyum, ketawa, sedih, kecewa, namun itulah lumrahnya..habis sahaja exam nanti, pasti akan ada yang berlinangan airmata..akan aku ingat setiap saat gembira bersama rakan-rakan...kpd kwn2 ku di Bm1,bm2,mt1 dan mt2..semoga berjaya membuat AR anda dan bersedia utk peperangan terakhir nanti...

Ini adalah bibit2 permulaan ke dunia baru..alam pekerjaan sebenar...ia tidak seperti pekerjaan yang aku pernah lalui suatu ketika dahulu, tetapi ini adalah alam yang sangat berbeza..titik usaha aku selama ini menjadi tonggak permulaan sebuah kerjaya yang akan membentuk hidupku yang baru....GURU!!!

AKU SUDAH BERSEDIA!!!!


Comments

Popular Posts