Beralih arah???atau meluaskan minat???


jengjengjeng...baru2 ni,aku telah membeli sebuah lagi jentera..kali ini bukan kancil l2s ataupun l512..tetapi jentera 3 pintu..jentera ni bernadikan enjin bersasaran 1800cc keluaran tahun 2000 yg dipercayai koleksi terakhir keluaran mitsubishi sebelum ditukar ke siemens..dgn kod enjin 4G93 GSR n/a, jentera ini mampu mengeluarkan 140bhp pada tahap maksimumnya..jentera yg akau maksudkan, tidak lain dan tidak bukan..Satria GTI..fuhh akhirnya, dpt jugak aku sebijik jentera ni..dgn harga 33k, aku terus 'rembat' jentera ni..susah mo dapat beb, rare..mula2 aku nampak di used car dealer, hati aku dah mula terpaut..bunyi enjin idle pun mantap..pabila aku bawa gi workshop, rupa2nya dorang kenal owner..kawan2 punya jugak..



Enjin GTI 4G93 GSR n/a

Usia kereta bukanlah masalahnya, yang penting perihal mod tu dr aku sendiri hehe..memang ada niat aku untuk upgrade GTI ni, tapi mungkin light mod sahaja..dari aspek enjin, dalaman dan jugak luaran..aku teringin sangat untuk upgrade yang berat-berat sampai nak pasang2 turbo..yang ni aku lebih suka dengan kuasa n/a (Natural Aspiration)..tork pun dah tinggi, kuasa kuda pun dah tinggi..hanya perlu tambah pada klac, piping ekzos dan sedikit touch up di bahagian enjin supaya dapat merasa performance yang lebih baik..men2 tobo ni,cukup2 lah dengan kancil jak..apa2 pun, semuanya perlu tengok dari bajet,ada rezeki, dapatlah upgrade..



macam inilah yang aku nak buat nanti hehee


Ini bukan bermakna aku sudah beralih arah..kancil drag akan diteruskan jugak..yang ni sebagai tambahan terhadap minat aku dalam sukan permotoran...vrommmmmm

Comments

Popular Posts